Saya kurang pasti jika tajuk ini bersesuaian dengan apa yang akan saya perkatakan disini. Tapi ianya pasti berkisar tentang pekerjaan.
Suatu masa dulu memang ramai para graduan sama ada lepasan Kolej atau Universiti atau pun dari peringkat Menengah akan memilih pekerjaan. Sudah tentu sesorang itu di beri oleh Allah peringkat pemikiran yang setentunya se rasi dengan cita rasa dan terus akan mengeluarkan pemikiran tentang pekerjaan mana yang seseorang itu paling suka.
Sekarang soal ini sudah tidak banyak, meskipun masih ada. Bagi saya, pekerjaan itu adalah salah satu dari matlamat sesudah mencapai kelulusan atau pembelajaran dari sesebuah institusi. Satu lagi matlamat yang jarang sekali di gunakan ialah untuk menjalin kemahiran yang di capai itu melalui fungsi perniagaan.
Baru pagi tadi saya "brain storming" di sebuah kedai minum bersama dengan teman akrab saya. Dia membuat pandangan seperti berikut:
" Semua orang di kawasan sini iaitu Brunei Darussalam dan Malaysia, (tambahan saya, mungkin juga di kawasan lain) mengenali "Chef Wan" dari Malaysia. Selain dari Chef Wan, adalah lagi Chef Malaysia, atau pun Chef dari negara negara Barat yang terkenal. Mereka ini permulaan nya cuma di gelar "tukang masak" tetapi kemahiran tersebut di jadikan perniagaan atau usaha sehingga seseorang Chef itu menjadi terkenal".
Selain dari " tukang masak " ada lagi kemahiran yang lain boleh di jalin menjadi perniagaan, pada permulaan nya secara kecil dan kemudian di besarkan, mungkin suatu hari akan di namakan "perusahan kecil dan sederhana " (SME).
Saya rasa graduan yang belum mempunyai pekerjaan pada masa ini mestilah berani untuk mengubah pendirian "mencari pekerjaan" kepada "menimba kemahiran". Ini ber erti kalau belum merasa cukup untuk mengusahakan kemahiran itu kepada perniagaan, maka saya syorkan cari lah tempat yang membolehkan graduan itu menimba pengalaman melalui peluang "pekerjaan" yang mungkin tidak dapat memberikan kepuasan dalam "gaji" yang di kehendaki untuk sementara.
InsyaAllah saya akan menyambung lagi tajuk ini pada masa akan datang dan jika abis kita ingin untuk memberikan komen yang jujur dan membina, saya akan berbesar hati untuk mengikuti nya. Assalamualaikum!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment