Wednesday, May 7, 2008

Kanak2 Dalam Masjid

Kalau topik awal tadi umum tentang masjid, sekarang saya mahu membicara kan tentang kanak kanak di dalam masjid. Saya rasa memperkenalkan ibadat kepada Allah s.w.t kepada kanak2 adalah perkara wajib kepada ibu bapa. Tetapi sebagai ibu bapa kita juga bertanggung jawab untuk menentukan bahwa anak atau anak2 kita tidak menganggu keselesaan atau ke kusyukan jemaah yang lain. Ini terutama sekali apabila anak2 tersebut di bawah umur 5 tahun.

Saya rasa, jika anak2 kita ber lari kesana kemari didalam masjid dan mungkin juga akan "melintas" dihadapan jemaah yang lain, maka ini akan mendatangkan kemudaratan!

Saya syorkan lah kepada ibu bapa untuk mengambil perhatian terhadap soal ini. Saya penuh berharap pihak ibu bapa yang berkenaan akan membaca "posting" atau komen ini secara terbuka, insyaAllah pahala yang kita cari akan lebih lagi di perolehi!

No comments: